Babak Panas: "Itu Cuma Lakonan, Kenapa Netizen Pertikai?" - Amar


RAKAMAN video rogol antara Amar Baharin dan Tiz Zaqyah di dalam drama drama Akadku Yang Terakhir menyebabkan kemarahan orang ramai kerana menganggap rakaman tersebut mengganggu sensitiviti penonton.

Menurut Amar Baharin, dia meminta agar penonton tidak mengambil serius perkara itu, dan melupakan kemarahan mereka kerana ia hanya merupakan salah satu babak dalam drama serta merupakan lakonan semata-mata.

“Pada awalnya, untuk tujuan mempromosikan drama itu, pengarah kami, Amie Maziah ingin memuat naik rakaman itu, tetap tidak disangka akan menjadi viral.

“Saya tidak faham kenapa babak rogol dikatakan adegan lucah kerana kami masih berpakaian lengkap.

“Kenapa perlu dipertikai sedangkan itu hanya lakonan? Pengarah memuat naik setiap babak dalam penggambaran untuk tujuan promosi.

“Kenapa babak itu sahaja menjadi viral dan video lain tidak dijadikan isu,” katanya kepada BH Online.

Tambahnya, babak tersebut hanya bertujuan untuk promosi, dan tidak akan ditayangkan kerana telah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Amar juga menafikan dakwaan yang mengatakan konon babak itu sengaja dimuat naik sebagai salah satu strategi menaikkan lagi jumlah pononton drama tersebut. –Kedahnews.com