Bapa Dera Anak Secara Seksual, Gambar Dimuatnaik Ke Internet

Gambar Hiasan
Seorang bapa tergamak memperlakukan anaknya yang kurang upaya dengan begitu kejam apabila dia sanggup melakukan penderaan seks ke atas anaknya itu.

Semua itu dilakukan semata-mata untuk membolehkan dia merakamkan gambar aksi menjijikkan itu dan kemudiannya dimuatnaik dalam internet.

Lelaki tidak berhati perut itu yang tidak dinamakan bagi melindungi identiti anak lelakinya itu, berjaya dikesan dalam operasi penderaan seks kanak-kanak yang dijalankan di peringkat antarabangsa.

Pihak berkuasa yang menjalankan operasi itu telah mengesan alamat IP lelaki itu dan kemudiannya melancarkan serbuan di rumahnya pada tahun lepas.

Dalam serbuan itu, sebanyak 12,427 imej kanak-kanak yang dianiaya secara seksual telah ditemui. Ia termasuk gambar bayi yang baru berusia dua minggu.

Manakala lebih 5,500 imej anak lelakinya yang berusia enam tahun itu turut ditemui.

Lelaki itu telah dihadapkan ke mahkamah dan semalam, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun.

Ketika menjatuhkan hukuman berkenaan, hakim Tony Hunt berkata, ia merupakan kes paling sukar yang dikendalikannya.

Jelasnya, lelaki itu telah menunjukkan minat terhadap penderaan seks kanak-kanak dan menjadikan anaknya yang tidak boleh bercakap itu sebagai mangsa.

“Amat menyedihkan apabila kanak-kanak diperlakukan sedemikian rupa,” katanya. – Kedahnews.com