Kejadian berlaku dalam rumah ini yang dihuni keluarga tersebut. |
KODIANG - Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa kelar bapanya di sebuah rumah di kampung Tengah di sini, semalam.
Nur Maisarah Mohammad Shafiq,3, dikelar oleh bapa kandungnya Mohammad Shafiq Sabudin, 29, setelah pulang dari pekan bersama ibu dan neneknya.
Che Bashah bakar, 65, jiran dan tuan rumah yang disewa suspek berkata, kira-kira jam 5.30 petang, dia berada di dapur sementara suaminya berada di ruang tamu.
"Tiba-tiba, makcik mendengar ibu mangsa menjerit memberitahu Shafiq (suaminya) nak bunuh diri," katanya.
Menurut Che Bashah, ketika itu dia tidak tahu bahawa suspek telah mengelar leher anak perempuan mereka di dalam rumah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Pemangku Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, suspek turut cedera selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan menikam dadanya.
Abd Rahim berkata, suspek terbabit yang dipercayai mempunyai masalah mental telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Suspek dan mangsa kini dirawat di Hospital Kangar dan berada dalam keadaan stabil.
Abdul Rahim berkata, isteri suspek memaklumkan suaminya sudah seminggu mengalami kemurungan serta mempunyai rekod sakit mental.
Sumber: Sinar Harian