Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad. |
SHAH ALAM - “Parti Amanah Negara (Amanah) memilih bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana mahu memperkenalkan parti ini kepada masyarakat menjelang PRU14,” kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad.
Menurutnya, sebelum ini parti itu gagal di Sarawak dalam usaha mendedahkan kewujudan Pakatan Harapan dan Amanah serta fungsinya.
“Jadi, kami (Amanah) ambil keputusan bertanding di kedua-dua PRK tersebut bagi memperkenalkan Amanah, seterusnya Pakatan Harapan kepada masyarakat sebelum PRU14,” katanya mengesahkan Amanah akan mengumuman calon bagi kedua-dua PRK tersebut pada Rabu depan.
Jelasnya, ia landasan terbaik dalam usaha memperkenalkan Amanah memandangkan masih ramai rakyat tidak tahu tentang kewujudan parti itu.
“Melalui tinjauan, ramai yang tak tahu adanya Amanah dan Pas berpecah. Malah, ada yang ingat Mat Sabu masih bersama Pas,” katanya pada sidang akhbar, semalam.
Menurutnya, Amanah tidak akan berkecil hati jika PKR mahu ‘duduk’ sahaja dan tidak membantu parti.
Sementara itu, Khalid mempersoalkan tindakan kerajaan membenarkan rang undang-undang dibentangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.
Sumber: Sinar Harian