Biar Dikutuk, Alif Syukri Puas Tak Pernah Abai Bayar Zakat

PERASAAN meluat dan tohmahan khalayak terhadap strategi pemasaran kosmetik D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd tidak menggoyahkan perasaan pengasasnya, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Aliff malah mengakui, tidak ambil peduli kritikan orang ramai kerana lebih mementingkan perkembangan perniagaannya.

“Pada awal kemunculan saya dipanggil gila kerana memakai baju kilat-kilat tetapi saya tidak punyai sebarang masalah.

“Orang boleh mengata dan mengutuk, yang penting poket saya tebal. Ini perancangan pemasaran, saya tidak boleh tutup mulut orang kerana yang penting orang tahu mengenai saya dan perkembangan saya.

“Saya tidak perlu kisah apa orang cakap tapi perlu kisah macam mana pendapatan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, walaupun berdepan kritikan orang ramai pendapatannya membolehkan sumbangan dibuat kepada agama dan negara kerana dia tidak pernah mengabaikan urusan pembayaran zakat dan cukai. – Kedahnews.com