Mohamad Zin menyusun barangan elektrik dan perabot selepas bumbung rumahnya di Kampung Cina diterbangkan ribut. |
POKOK SENA - Bumbung rumah sebuah keluarga dari Kampung Cina, di sini, ranap selepas kediaman mereka dilanda ribut pada Sabtu lalu.
Siti Nur Aishah Mohamad Zain, 19, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, hujan lebat berserta ribut melanda kawasan rumahnya.
"Semasa kejadian saya dan bapa tinggal di dalam rumah. Kami lihat angin terlalu kuat serta menerbangkan zink rumah kami di ruang tamu dan bilik di tingkat atas.
"Saya jerit panggil bapa sebab terlalu takut. Dinding rumah pula bergegar dan kami berlari ke dapur untuk menyelamatkan diri bimbang rumah runtuh," katanya.
Menurutnya, dia dan bapanya tidak mampu berbuat apa-apa kerana kejadian itu berlaku dalam sekelip mata.
"Rumah kami ibarat kolam, habis basah. Banyak perabot dan barangan elektrik di ruang tamu serta di dalam bilik rosak.
"Nasib baik selepas kejadian itu ada saudara datang melawat dan membantu kami membersihkan rumah yang dipenuhi dengan air," katanya.
Katanya, bumbung rumahnya diterbangkan kira-kira 100 meter ke dalam sawah berdekatan dengan rumah.
"Nasib baik pada masa itu petani yang mengusahakan sawah sudah pulang, kalau tidak sudah pasti dia akan tercedera,” katanya.
Sementara itu, Mohamad Zain berkata, sejak 30 tahun tinggal di situ belum pernah mengalami kejadian keseluruhan bumbung rumah diterbangkan ribut.
"Hanya rumah saya sahaja yang rosak dilanda ribut. Saya reda dengan apa yang berlaku kerana semua ini ujian ALLAH.
"Saya memerlukan masa untuk membaiki semula kerana masalah kewangan. Diharap ada pihak yang dapat membantu membaiki bumbung rumah.
"Buat sementara waktu, saya terpaksa menutup dengan plastik bagi mengelak hujan masuk ke dalam rumah,” katanya.
Sumber: Sinar Harian