Salleh (kanan) menunjukkan kotak meter elektrik di rumah Yusof (kiri) yang dicabut kerana tidak bayar bil tertunggak. |
BALING - Seorang warga emas di Kampung Luar Mukim Siong dekat sini, terpaksa hidup dalam gelap sejak lima tahun lalu kerana tidak mampu membayar bil elektrik.
Mohd Yusof Harun, 63, yang hidup sebatang kara tidak mampu membayar bil elektrik kerana tiada punca pendapatan.
Menurutnya, sebelum ini dia mengambil upah menoreh getah, namun kini tidak lagi bekerja kerana mengalami masalah kesihatan.
"Sejak bekalan elektrik dipotong, saya hanya gunakan lilin atau pelita," katanya.
Dalam pada itu, katanya, tahun lalu dia pernah disengat lipan dan dimasukkan ke hospital.
"Ketika itu, saya mahu ke dapur dan terpijak lipan.
"Saya memang tidak nampak lipan itu kerana gelap.
"Kini setiap kali ke dapur saya perlu berhati-hati kerana sebelum ini ular juga pernah memasuki rumah saya," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Luar, Salleh Abu Bakar berkata, pihaknya sudah memaklumkan masalah itu kepada pihak berkenaan.
Namun menurutnya, pihak berkenaan meminta tuan sebenar rumah itu membuat permohonan untuk mendapatkan semula bekalan elektrik.
“Tanah dan rumah yang didiami warga emas ini adalah milik anak saudaranya.
“Sebelum ini, pihak JKKK juga ada membantu Yusof dengan membaik pulih bahagian dapur rumahnya dengan kos RM5,000,” katanya.
Sumber: Sinar Harian