Dakwa Pukul Amber, Bekas Kekasih Pertahan Johnny Depp

Vanessa Paradis
BEKAS kekasih Johnny Depp, Vanessa Paradis mempertahankan aktor itu yang didakwa mendera bekas isterinya, pelakon Amber Heard.

Amber sebelum ini memfailkan penceraian terhadap Johnny dan kini cuba mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang aktor itu daripada mendekatinya. 

Amber Heard dan Johnny Depp.
Dalam surat tulisan tangan, Vanessa menulis, “Johnny Depp ialah bapa kepada dua anak saya, dia adalah seorang yang sangat sensitif dan penyayang.

"Saya yakin tuduhan terbaharu yang dikatakan kepadanya itu adalah satu dakwaan melulu.

"Sepanjang 14 tahun mengenalinya, Johnny tak pernah naik tangan pukul,” tulisnya.


Johnny dan Vanessa mula berpacaran pada 1998 dan berpisah bulan Jun 2012 selepas tidak mempunyai persefahaman di antara satu sama lain.

Hasil perkongsian hidup selama 14 tahun, Johnny dan Vanessa memiliki sepasang cahaya mata iaitu Lily Rose, 17; dan John Christopher Depp; 14. –Kedahnews.com

lily rose
Lily Rose
john
John Christopher Depp