Gambar Hiasan |
Menurut Pencetus Ummah (PU) Razi, dari 10 kes permohonan cerai yang beliau diterima, boleh dikatakan 9 dari kes-kes berkenaan membabitkan masalah isteri curang terhadap suami masing-masing.
Pencetus Ummah (PU) Razi |
PU Razi yang merupakan seorang peguambela dan peguamcara Syariah berkata, penceraian di kalangan pasangan Islam itu turut membabitkan anak-anak yang akan menjadi perebutan di antara kedua belah pihak sekiranya wujud tuntutan.
Kata beliau, meskipun keputusan mahkamah berhubung penjagaan anak selalunya memihak kepada ibu, namun ia tidak semestinya begitu memandangkan ia tertakluk kepada beberapa perkara khususnya jika ibu itu bermasalah.
Menurutnya, jika pihak suami mampu mengemukakan bukti menunjukkan kelakuan buruk isterinya seperti terlibat dengan skandal atau curang dan sebagainya, mahkamah selalunya akan membuat keputusan memihak kepada pihak bapa.
Media sebelum ini sering memaparkan tentang beberapa kes yang melibatkan kecurangan isteri bersama lelaki lain, turut membuktikan budaya wanita bersuami di zaman ini sudah berubah berbanding di zaman 70'an atau 80'an. -Kedahnews.com