ALOR SETAR - Tanpa mesin bantuan pernafasan, nyawa seorang bayi berusia enam bulan, Ieman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim dipercayai boleh terhenti bila-bila masa.
Namun begitu, keluarga bayi lelaki berkenaan tidak mampu menyediakan mesin bantuan pernafasan berkenaan memandangkan bapanya, Abdul Rahim Ismail, 31, hanya bekerja menjual air kelapa.
Ibunya, Nor Hidayu Halim, 27, berkata, kini mereka meminjam mesin berkenaan dari hospital demi memudahkan membawa Ieman mendapatkan rawatan di Pulau Pinang.
“Bagaimanapun, kalau anak kami perlu guna mesin berkenaan lebih lama dari tempoh ditetapkan, kami perlu bayar sewa RM350 sebulan.
“Harga mesin pernafasan baru pula dianggarkan RM5,000. Kami sekeluarga memang tak mampu biayai kos mesin berkenaan,” katanya.
Kata Nor Hidayu, tubuh anak bongsu dari tiga adik berkenaan akan menjadi kebiruan, sekiranya mesin pernafasan itu tertanggal lebih dari lima minit.
Lebih membimbangkan, katanya, anak mereka yang menghidap empat penyakit kronik dan bergantung kepada mesin pernafasan itu kini mengalami demam panas.
Nor Hidayu tidak dapat bekerja demi memberi perhatian kepada anaknya yang sakit dan perlu menjaga dua lagi anaknya, Ahmad Hafizy, 9, yang juga orang kurang upaya (OKU) dan Ahmad Amirul Amin, 6.
Nasib bayi berkenaan mendapat perhatian Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang turun padang melawat, sekali gus meluluskan bantuan bernilai RM2,500.
Bagi mereka berhasrat membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Nor Hidayu (0210029000677695).
Sumber: Sinar Harian