Che Piah bersama anak yang terlantar sakit sambil ditemani salah seorang lagi anak dan cucu. |
BALING - Seorang remaja hanya mampu terlantar sakit dan tidak mampu bergerak sejak Januari lalu selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kuala Lumpur.
Ibunya, Che Piah Shapiai, 66, dari Kampung Lanai Seberang berkata, sejak kemalangan itu, tahap ingatan anaknya, Muhammad Azwan Wahab, 25, mengalami masalah dan kadangkala dia tidak mampu mengenali ibunya sendiri.
"Ingatan Azwan tak menentu. Kadang-kadang dia ingat makcik, kadang tak.
"Sebelum ini dia dimasukkan ke dalam wad kecemasan di sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan dan pada April lalu, dia dibenarkan pulang ke kampung," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, selain menanggung sakit di usia muda, anaknya itu juga terpaksa bergantung kepada saluran tiub untuk minum susu yang disyorkan oleh hospital.
"Anak makcik tak boleh makan. Doktor beritahu makcik perlu beri susu kepadanya empat jam sekali, jika tidak kesihatannya lebih terganggu.
"Tapi masalahnya sekarang harga satu tin susu sudah mencecah RM70. Dalam masa empat atau lima hari susu sudah habis. Dia juga perlukan susu yang banyak setiap kali dibancuh," katanya.
Che Piah berkata, sejak anaknya sakit dan dijaga di rumah, dia terpaksa berhenti menjual kuih muih yang selama ini merupakan pendapatan utama mereka.
"Makcik perlu jaga anak sepenuh masa. Sekarang hanya bergantung pada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450.
"Duit itulah digunakan untuk tanggung keluarga dan beli barang keperluan anak yang sakit. Lima lagi anak makcik yang lain ada, tapi mereka juga tak mampu. Dua bekerja kilang dan pasar raya, seorang berniaga dan dua lagi tak bekerja," katanya.
Katanya, dia berharap ada pihak sudi menghulurkan bantuan kewangan dan katil boleh laras bagi memudahkan anak bongsunya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lanai, Ahmad Omar, 49, berkata, pihaknya merayu agar bantuan kepada keluarga berkenaan disalurkan oleh mana-mana badan berkaitan.
Dalam masa sama katanya, usaha bagi mendapatkan bantuan JKM kepada pesakit juga sedang diusahakan.
“Saya harap masyarakat dapat sama-sama membantu meringankan beban mereka,” katanya.
Untuk sebarang bantuan boleh disalurkan kepada akauan Bank Islam 02-048-02-033661-2 di atas nama Che Piah atau hubungi keluarga berkenaan di talian 017-5780678 atau 019-3736422.
Sumber: Sinar Harian