PARIS - Pihak berkuasa Perancis memberi amaran, ibu bapa berkemungkinan berdepan hukuman penjara jika memuat naik foto memalukan anak mereka di laman sosial.
Ibu bapa yang terlampau memuat naik gambar anak-anak mereka bakal berdepan dengan tindakan undang undang selepas mereka meningkat dewasa kelak.
Menurut kerajaan Perancis yang terkenal dengan undang-undang privasi ketat menetapkan ibu-bapa boleh dikenakan denda dengan ribuan pound atau hukuman penjara jika memuat naik gambar peribadi tanpa kebenaran kanak-kanak itu.
Mereka berdepan dengan sehingga £35,000 (RM202,401) jika disabitkan bersalah melanggar hak privasi ketika mereka kecil.
Memetik The Guardian, seorang profesor pendidikan dan penyelidikan sosial telah memberi amaran suatu hari nanti ibu dan bapa akan mendapat tindak balas mengenai tabiat itu.
Profesor Nicola Whitton dari Universiti Metropolitan Manchester memberitahu, ibu bapa akan mendapat tindak balas pada masa akan datang daripada golongan muda apabila mereka menyedari keseluruhan kehidupan dari hari mereka dilahirkan di paparkan untuk media sosial.
"Ibu bapa perlu tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka tetapi perlu berwaspada kerana walaupun mereka adalah anak senidir namun mereka tetao individu lain yang mungkin tidak akan berterima kasih kepada mereka dalam tempoh 15 tahun akan datang.
"Ia mungkin kelihatan sukar tapi jangan letakan gambar dalam talian sehingalah sampai umur yang sesuai untuk berbincang dengan mereka," katanya.
Kajian Nicola pada tahun 2015 mendapati ibu bapa di Britain memuatnaik hampir 200 gambar anak-anak mereka dibawah lima tahun setiap tahun dan bermakna anak muda akan mempunyai 1,000 gambar mereka sebelum mereka berusia lima tahun.
Bagaimanapun Profesor Sonia Livingston dari Sekolah Ekonomi yang menjalankan penyelidikan berkaitan hak kanak-kanak di era digital tidak bersetuju dengan undag-undang yang dicadangkan.
"Jika (ibu bapa) boleh terbuka dengan anak-anak mereka tentang apa yang mereka ingin kongsi dan dengan siapa serta mengapa, keperluan ini tidak mengakibatkan masalah tetang apa yang dikongsi," ujarnya. -Kedahnews.com