Dituduh Kurus Sebab Sedih Keguguran, Elyana Tampil Jawab Tohmahan

Elyana
BARU-BARU ini terdapat gosip yang mengatakan bahawa Elyana kini semakin kurus kerana masih bersedih dan kecewa susulan pernah mengalami keguguran sebelum ini.

Melalui sebuah akhbar tempatan, Elyana tampil menjelaskan bahawa dia reda dengan keguguran itu dan yakin ia merupakan ketentuan Tuhan.

Dia juga mengakui terat badannya menurun kerana dia sendiri mengambil langkah untuk menguruskan badan.

“Hal ini tiada sebarang kaitan dengan pengalaman tersebut. Saya pelik dengan orang kita.

“Masa saya gemuk, ramai yang mempersoalkan kegemukan saya.

“Sekarang saya ambil langkah untuk turunkan berat badan, cakap saya kurus sangat pula,” katanya.

Menurut Elyana, beratnya turun mendadak kerana dia sendiri yang mahu kelihatan langsing demi keselesaan dirinya selain mahu membuat kemunculan semula dalam bidang seni.

Tambahnya, dia menganggap keguguran kehamilan keduanya itu sebagai ujian kepadanya dan dia buat masa kini, dia tidak merancang untuk hamil sekali lagi kerana tidak mahu terburu-buru. –Kedahnews.com