Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR - Fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca panas dan kering di Malaysia adalah yang terkuat daripada 20 keadaan fenomena itu dalam tempoh 60 tahun lepas, namun tiada bukti konkrit untuk mengaitkan suhu tinggi itu dengan pemanasan global, menurut seorang pakar.
Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Fredolin Tangang berkata El Nino tahun ini lebih ekstrem, mengatasi situasi pada 1997/98.
"Namun, tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan suhu tinggi dalam El Nino terkini dengan pemanasan global," kata Tangang, yang pernah menjadi naib pengerusi Panel Antara Kerajaan tentang Pemanasan Global (IPCC) dari 2008 hingga 2015.
Beliau turut mengukuhkan fakta itu dengan laporan terkini yang dikeluarkan IPCC pada 2013, yang tidak membuat kesimpulan mengenai hubung kait antara El Nino dan pemanasan global.
"Tiada bukti kukuh yang menunjukkan berlakunya El Nino (kekerapan dan intensiti) dipengaruhi oleh perubahan iklim," katanya kepada Bernama.IPCC, yang dianggotai 190 negara, adalah agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengeluarkan laporan setiap enam hingga tujuh tahun sekali mengenai trend perubahan iklim, punca, kesan dan cara menanganinya.
Katanya, berbeza dengan taufan, yang IPCC membuat kesimpulan intensitinya akan meningkat seiring dengan pemanasan global, bukti semasa gagal menunjukkan kekerapan dan intensiti El Nino dikaitkan dengan perubahan iklim.
"El Nino adalah fenomena semula jadi, sebahagian daripada variasi tahunan berkaitan dengan pergerakan laut di Lautan Pasifik yang berlaku setiap kitaran dua hingga tujuh tahun.
"Putaran sistem ini akan menjadikannya sama ada tahap El Nino, La Nina atau tahap normal," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak mengetepikan bahawa pemanasan global akan mengubah kesan El Nino terhadap iklim di sesebuah benua.
Sebagai contoh, Tangang berkata, apabila dunia menjadi semakin panas pada masa depan, dan El Nino pula berlaku, ia akan mengakibatkan suhu keseluruhan bagi tempoh itu meningkat lebih tinggi daripada apa yang dialami ketika ini.
"Bagi saya, kesan hubung kait di rantau ini boleh dipengaruhi dengan perubahan iklim kerana perubahan kelembapan serta lautan yang boleh memberi kesan kepada interaksi lautan di rantau ini," katanya. - Bernama