|
Empangan Pedu |
ALOR SETAR - Paras air di tiga empangan utama di Kedah yang diselia Lembaga Kemajuan Wilayah Muda (Mada) masih mencukupi meskipun paras air di enam empangan lain merekodkan penyusutan berikutan cuaca panas dan kering akibat gelombang haba serta fenomena El Nino.
Timbalan Pengurus Besar Mada (Teknikal) Datuk Ir Hor Tek Lip berkata paras air di Empangan Pedu mencatatkan bacaan 55.47 peratus, Empangan Ahning (71.69 peratus) manakala Empangan Muda 30.40 peratus.
|
Empangan Muda |
"Memang paras air susut tetapi ia masih mencukupi bagi menampung sistem pengairan untuk penanaman padi Musim 1/2016 walaupun berdepan fenomena El Nino," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, paras air di Empangan Beris berada pada tahap kritikal apabila mencatatkan bacaan 26.43 peratus berbanding 38.99 peratus pada 17 April lalu.
|
Empangan Ahning |
Selain itu, paras air dua empangan di Langkawi iaitu Empangan Padang Saga mencatatkan bacaan 39.41 peratus manakala Empangan Malut pula 50.58 peratus. – Bernama