Elly Mazlien |
PELAKON Elly Mazlien yang telah bercerai pada Oktober tahun lalu mengakui dirinya sudah lama meninggalkan kisah lampau dan membuka lembaran baharu dalam hidupnya.
“Saya menerima takdir dan pasrah. Apa yang terjadi selama ini dalam hidup ialah bahagian saya. Saya reda dan tidak pernah menyesal.
“Sejak saya dan Azmi bukan lagi pasangan suami isteri, saya tidak pernah terlintas untuk meratapi nasib yang menimpa diri.
“Saya anggap keadaan ini petanda untuk saya menjadi wanita yang lebih matang. Perceraian bukan bermaksud hidup saya sudah musnah. Ia merupakan harapan untuk jadi wanita yang lebih dewasa,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Tambah Elly, dia kini lebih berkeyakinan dan sudah menemui sumber kekuatan bersama bayinya yang berusia dua bulan, Putri Sefhia Zara.
Dia juga menjelaskan bahawa dia perlu berkorban dan sentiasa berfikiran positif untuk memastikan dirinya berada di jalan yang benar. – Kedahnews.com