Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai |
KUALA LUMPUR - Kabinet menarik balik arahan pembekuan pengambilan pekerja asing terhadap empat sektor, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Keputusan itu dibuat selepas menerima rayuan daripada industri pembinaan, perkilangan, perladangan dan pembuatan perabot yang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja.
"Dengan mengambil kira masalah tersebut, kita perlu menarik balik pembekuan itu bagi membolehkan sektor berkenaan membawa masuk pekerja asing," kata Liow.
Namun, beliau berkata Kabinet sudah bersedia untuk memperbaiki sistem pengambilan pekerja asing yang akan menyaksikan pembekuan di beberapa sektor lain akan ditarik balik secara berperingkat.
"Bagi sektor lain, kita akan meneliti berdasarkan kes demi kes sementara menunggu untuk mewujudkan sistem yang lebih telus dan bertanggungjawab.
"Tenaga kerja amat penting bagi menjamin produktiviti sektor ini, jadi jika majikan berdepan pelbagai rintangan dalam pengambilan pekerja, ia akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara," katanya.
Liow berkata kerajaan akan mengambil masa untuk berhubung dengan pelbagai industri bagi memahami situasi yang dihadapi setiap sektor secara lebih terperinci.
Namun beliau menegaskan bahawa penting bagi kerajaan untuk mengawal selia dan mempunyai sistem kawalan yang lebih baik berkaitan pengambilan pekerja asing di Malaysia.
Baru-baru ini The Star melaporkan satu kajian yang dijalankan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menunjukkan 84 peratus pengilang berdepan masalah kekurangan tenaga pekerja dengan separuh daripadanya mendakwa mereka tidak dapat memenuhi permintaan sedia ada.
Kajian itu menunjukkan 146 syarikat memerlukan 13,270 pekerja baharu tahun ini bagi memerlukan keperluan industri dan menggantikan pekerja yang tidak cergas dan pulang ke tanah air masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata program pengambilan pekerja asing tanpa izin perlu dilakukan lebih cekap bagi membantu pengilang yang berdepan masalah kekurangan tenaga kerja berikutan pembekuan pengambilan pekerja asing sejak Februari lalu.
Hanya 55,000 pekerja asing tanpa izin diambil bekerja setakat ini berbanding anggaran 1.4 juta yang dikatakan berada di dalam negara.
Akhir bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan mengenai pembekuan pengambilan pekerja asing akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sumber: mStar