Eric Cantona |
JOSE Mourinho dijangka akan disahkan sebagai pengganti Louis van Gaal di Old Trafford dalam masa terdekat, di mana dia akan meneruskan persaingan dengan Pep Guardiola, yang mengambil alih pengurusan Manchester City selepas berpindah dari Bayern Munich.
Tetapi bekas kapten Manchester United Eric Cantona yang sinonim dengan kejayaan United di bawah Sir Alex Ferguson berpandangan bahawa corak serangan dalam permainan bola sepak Guardiola adalah lebih sesuai dengan tradisi United.
Bercakap mengenai bekas pengurus Chelsea itu, dia berkata kepada The Guardian: "Saya suka keperibadiannya, saya suka semangatnya dalam permainan, jenakanya. Dia sangat bijak, dia menuntut 100 peratus daripada pemainnya. Dan sudah tentu dia menang banyak gelaran.
Pep Guardiola |
"Tetapi saya tidak fikir ia adalah corak permainan bola sepak yang peminat Manchester United akan suka, walaupun mereka menang. Dia boleh menang bersama Manchester United. Tetapi adakah mereka akan menjangkakan corak permainan bola sepak seperti itu, walaupun mereka menang? Saya tidak fikir begitu.
"Guardiola sepatutnya mengambil alih United. Dia adalah anak didik Johan Cruyff. Saya akan senang melihat Guardiola di Manchester (United). Dia adalah satu-satunya orang yang dapat mengubah Manchester. Dia berada di Manchester, tetapi di bahagian yang salah."
Cantona juga berkata dia gembira untuk kembali ke kelab itu sebagai pengurus satu hari nanti, sambil menambah: "Saya melakukan banyak perkara dan saya amat gembira. Tetapi jika mereka minta saya jadi pengurus Manchester United, saya akan melakukannya.
"Oleh kerana Guardiola berada di Manchester City dan mereka mahukan seseorang untuk memenangi sesuatu dengan permainan bola sepak yang indah? Orangnya adalah saya."
Sumber: mStar