Fiza Elite Nafi Dakwaan Nak Kahwin Lagi

Fiza Elite
SEBELUM ini terdapat dakwaan yang mengatakan Fiza Elite bakal berkahwin apabila memuat naik sekeping gambar bersama seorang jejaka di akaun instagram miliknya.

Berita itu seolah-oleh disahkan pula oleh bekas suaminya, Adam AF yang turut mengeluarkan kenyataan mendoakan kebahagiaannya. Tetapi Fiza kemudiannya tampil menafikan perkara tersebut menerusi BH Online.

“Kami baru berkenalan dan jumpa, masakan nak kahwin pula secara tiba-tiba. Saya menulis menghitung hari kerana akan terbabit dengan sebuah projek yang belum boleh didedahkan.

“Tetapi ada pula pihak yang memandai-mandai membuat kesimpulan bahawa gambar itu ada kaitan dengan saya mahu berkahwin lagi.

“Disebabkan itu, saya terpaksa memadam gambar tersebut kerana ia mula mendapat komen yang negatif. Ya memang saya sedang kenal dengan lelaki pangkal huruf J tetapi dia bukan suami orang dan mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu” katanya.

Tambah Fiza, dia tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana masih terlalu awal untuk memikirkan perancangan perkahwinan selepas gagal dua kali sebelum ini.

Fiza memberi kepastian bahawa jika benar dia akan berkahwin, pastinya berita itu akan dikongsi bersama peminat dan umum. – Kedahnews.com