Gadis Muslimah Tak Gentar Selfie Depan Demo Anti-Muslim

Zakia Belkhiri
SEORANG gadis muslimah mencuri perhatian dunia apabila bergaya ‘comel’ dengan mengambil selfie di hadapan kumpulan penunjuk perasaan anti-Muslim di Belgium, baru-baru ini.

Zakia Belkhiri, 22, bertindak demikian setelah mendapati kumpulan ekstrim Vlaams Belang, membantah cara hidup Islam.


Metro.co.uk melaporkan, tindakan itu membuat sebahagian penunjuk perasaan yang membawa poster menolak tudung, masjid dan berteriak “Hentikan Kebangkitan Islam” turut tersenyum.

Walaupun 15 peratus penduduk Belgium beragama Islam, insiden bom di Brussel baru-baru ini menyebabkan peningkatan sokongan terhadap golongan anti Islam.


Seorang pemberita yang bertugas berkata, kemunculan Zakia menjadikan protes itu yang pada mulanya hambar bertukar menarik.

Menurut Zakia, dia sebenarnya mahu mengelak pihak media kerana tidak mahu dilihat sebagai gadis yang mahukan perhatian.

“(Apa saya buat) ini bukan tanda protes sama sekali, sekadar berkongsi kegembiraan dan keamanan,” ujarnya. –Kedahnews.com