Gadis Separuh Bogel Datang Buat Kecoh Di Balai


BALAI polis di Ahmedabad dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang tanpa rasa malu, dengan hanya memakai bra, menyerbu masuk ke dalam balai terbabit.

Aksinya itu telah dirakamkan dan kemudian video terbabit telah menjadi viral.

Tidak diketahui apa punca kejadian berkenaan namun wanita itu kelihatan marah kepada anggota polis terbabit.

Dia berjalan selamba di situ dalam keadaan separuh bogel tanpa mempedulikan beberapa anggota polis lelaki yang berada di dalam balai tersebut.


Ketika pertengkaran berlaku, dia turut menepuk tangan dan perutnya.

Tidak lama kemudian seorang anggota polis telah memberikan seluar pendek kepadanya dan memujuknya memakai seluar terbabit.

Dan selepas memakai seluar, dia terus bertengkar dengan polis di situ.

Berbogel di khalayak ramai merupakan satu kesalahan di India dan mereka yang berbuat demikian boleh didenda atau dihukum penjara tiga bulan atau kedua-duanya sekali. – Kedahnews.com