Gembira Van Gaal Dipecat, De Gea Kekal Di Man U

David de Gea
BERITA pemecatan Louis van Gaal bukan sahaja menggembirakan penyokong Manchester United tetapi turut membuat David de Gea untuk kekal di kelab berkenaan.

De Gea yang akan meninggalkan Old Trafford jika Van Gaal untuk musim depan kini dilapor gembira dan lebih selesa.

Malah penjaga gol Sepanyol itu juga tidak sabar untuk memulakan latihan di bawah kendalian Jose Mourinho yang akan dilantik mengisi kekosongan Van Gaal.

Bagaimanapun De Gea, 25, masih bimbang mengenai masa depan rakan senegaranya di United, Juan Mata yang pernah dibuang dari Chelsea oleh Mourinho.

Jurulatih kelahiran Portugal itu didakwa akan membawa Nemanja Matic ke United untuk mengisi kekosongan Mata pada musim panas ini.

Sumber: mStar