Antara barang kes dirampas pihak polis dari suspek |
SUNGAI PETANI - Lima rakan yang aktif dengan samun bersenjata pisau yang dilakukan pada awal pagi di sekitar Kuala Muda akhirnya tumpas apabila ditahan polis, baru-baru ini.
Mereka yang dikenali sebagai 'Geng Poni' sebelum ini dipercayai terlibat dengan enam kes samun menggunakan pisau menjadi keresahan kepada penduduk beberapa kawasan perumahan di daerah ini.
Antara kawasan terbabit ialah Taman Bersatu, Taman Petani, Taman Mutiara, Taman Petani Jaya, Taman Bertam, Pengkalan Lebai Man, Pekan Baru.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, tangkapan ke atas ahli kumpulan itu berikutan hasil perjumpaan yang diadakan oleh pihak polis dengan penduduk taman berkenaan.
"Dengan hasil perjumpaan itu, penduduk meluahkan kebimbangan mereka susulan kejadian-kejadian jenayah didakwa berlaku di kawasan perumahan mereka, sekitar awal pagi.
"Hasil maklumat awal itu, polis berjaya menangkap dan selesaikan beberapa kes samun di daerah ini," katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini, semalam.
Menurutnya, polis berjaya menumpaskan kegiatan 'Geng Poni' sejurus tangkapan pertama melibatkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada 11 Mei lalu selepas dia dan dua lagi rakannya melakukan samun di Taman Patani Jaya, kira-kira jam 5 pagi.
"Dalam kejadian itu, mangsa seorang lelaki bersama isterinya didatangi oleh tiga lelaki dengan menaiki dua motosikal yang dipercayai diacukan pisau sebelum menyamun barang memiliki mangsa.
"Bagaimanapun, tidak sampai lima minit kejadian itu, salah seorang suspek berjaya ditahan oleh pasukan sukarela CRSM Sungai Petani sebelum diserahkan semula kepada pihak polis bersama barangan yang disamun, sebelum itu," katanya.Taman Bersatu.
"Sejak tertangkapnya kesemua suspek itu juga, polis tidak lagi menerima aduan mengenai kejadian jenayah samun di kawasan berkenaan.
"Polis percaya sebanyak enam kes dengan anggaran kerugian kira-kira RM10,000, dapat diselesaikan. Ia juga dapat menghilangkan keresahan penduduk khususnya di Taman Bersatu, yang bimbang dengan kes jenayah yang didakwa berlaku di kawasan itu," katanya.
Sumber: Sinar Harian