MEMAHAMI keperluan wanita beragama Islam untuk kelihatan lebih sihat dan cergas, sebuah pusat kecergasan gim hanya untuk golongan wanita tersebut telah dibuka di United Kingdom.
Haya Fitness yang dikhaskan untuk golongan wanita itu juga terbuka kepada wanita bukan beragama Islam tetapi sama sekali melarang kaum lelaki memasuki premis mereka.
Gim tersebut dilengkapi dengan pelbagai peralatan senaman seperti treadmills, basikal senam dan alat pengangkat berat selain menyediakan kemudahan surau.
Menurut pengusahanya, idea untuk menubuhkan gim yang terletak di Cardiff itu adalah untuk memenuhi permintaan wanita Muslim yang sebelum ini berasa kurang selesa melakukan aktiviti kecergasan di gim yang lain.
Dengan tertubuhnya Haya Fitness, wanita-wanita terbabit tidak perlu bimbang lagi untuk membuka hijab mereka selain bebas untuk memakai seluar pendek dan t-shirt lengan pendek ketika melakukan aktiviti sihat tersebut. –Kedahnews.com