Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng |
KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini merayu kerajaan Persekutuan meluluskan permohonan negeri itu membina jambatan ketiga menghubungkan Persiaran Gurney di bahagian pulau dan Bagan Ajam di tanah besar.
“Saya sekali lagi merayu kepada Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Fadillah Yusof) untuk memberikan kelulusan kerana ia (jambatan) akan dibiayai kerajaan negeri. Kita akan buat surat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Beliau berkata selepas kelulusan diberikan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri akan mengemukakan pelan dan maklumat lanjut berhubung cadangan pembinaan jambatan itu.
“Tanpa kelulusan itu, adalah sukar untuk membelanjakan berjuta-juta ringgit hanya untuk melakukan kajian kebolehlaksanaan atau pelan terperinci,” katanya.
Semalam, Fadillah meminta kerajaan Pulau Pinang mengemukakan semua dokumen yang berkaitan untuk permohonan pembinaan jambatan ketiga kerana mahu menilai permohonan itu berdasarkan merit, kos jangka panjang dan faedah kepada rakyat sama seperti mana-mana permohonan atau cadangan projek pembinaan.
Dalam pada itu, ketika ditanya berhubung kunjungan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke rumahnya di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang semalam, Lim meminta perkara tersebut dirujuk kepada peguamnya.
Ditanya adakah kunjungan itu satu serbuan atau lawatan, Lim berkata: “Tiada yang diambil dan selebihnya saya serahkan kepada peguam saya.”
Pegawai SPRM hadir ke rumah Lim untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya yang dikatakan pada harga di bawah nilai pasaran. – BERNAMA