KULIM - Hampir 200 penduduk dari Kampung Ekor Kucing dan Terat Batu mengadakan demonstrasi bagi membantah aktiviti perlombongan pasir yang dijalankan kira-kira 100 meter dari kediaman mereka sejak beberapa bulan lalu.
Penduduk Kampung Ekor Kucing, Mohd Azri Desa, 35 berkata, sebelum ini kawasan itu adalah ladang kelapa sawit, namun sejak tahun lepas ia dibersihkan untuk memberi laluan kepada aktiviti perlombongan pasir di situ.
“Kami memang tidak diberitahu langsung mengenai projek lombong pasir ini yang dijalankan selepas Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.
"Selepas melihat aktiviti makin rancak, kami ada buat aduan termasuk berjumpa dengan pihak pejabat tanah dan daerah serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, penduduk di situ juga bimbang memikirkan keselamatan mereka terutama anak-anak.
“Saya tak tahu mereka ada permit kelulusan atau tidak, namun apa pun kami tetap bantah kerana ia sangat dekat dengan rumah kami. Kalau sesuatu terjadi dengan rumah kami, siapa mahu tanggung kerugian.
"Baru-baru ini, ada seorang kanak-kanak di sini tergelincir jatuh ke dalam lombong itu. Jika dibiarkan, saya risau akan mengancam nyawa kami di sini," katanya.
Katanya, aktiviti itu juga mengganggu kehidupan mereka kerana dilakukan setiap hari kecuali hari minggu.
Berdepan masalah debu, bising
Haris Abdullah, 59, pula berkata, selain masalah keselamatan, mereka juga terpaksa berdepan dengan masalah debu dan bunyi bising.
“Bunyi aktiviti ini sangat bising sehinggakan mengganggu anak-anak kecil nak tidur. Lepas itu habuk pula cukup banyak jika musim kemarau habis tingkap rumah dan lantai.
“Kami memang bantah dan tak setuju. Harap pihak berkenaan dapat hentikan segera aktiviti ini kerana ia memberi kesan buruk kepada kami di sini,” katanya.
Sementara itu, guru agama, Khodijah Khamis, 68, berkata, bahagian dapur rumahnya yang baru dibina juga sudah retak dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan tersebut.
"Sebelum ini, rumah saya tidak pernah retak dan bila ada aktiviti itu, bahagian dapur yang baru dibina retak. Keadaan ini merugikan saya.
"Baru-baru ini, ada penduduk mahu membina rumah di kawasan ini, namun terpaksa membatalkan niatnya kerana bimbang akan mengalami kerosakan," katanya.
Katanya, sejak aktiviti ini dilakukan di sini, dia sekeluarga tidak dapat tidur lena.
"Setiap malam kami risau berlaku apa-apa yang tidak diingini.
"Ke mana lagi kami mahu pergi sedangkan di sinilah rumah dan tanah kami," katanya.
Dinding pengadang halang pandangan
Roshimah Desa, 55, pula berkata, dinding pengadang yang dibina pihak berkenaan juga menghalang pandangan penduduk untuk ke jalan besar.
"Dinding pengadang ini menyukarkan kami untuk lihat kenderaan yang datang dari kiri dan kanan jalan.
"Keadaan ini sangat bahaya ditambah pula dengan lori yang keluar masuk ke kawasan ini," katanya.
Dalam pada itu, Abd Shukor Abd Samat, 36, berkata, parit awam yang dibuat sepanjang jalan raya berhampiran kawasan itu juga sudah ditimbus.
“Sebelum ini, ada parit di kawasan ini tapi mereka timbus. Kalau musim hujan tiada aliran air dan pastinya akan berlaku banjir di kawasan ini.
“Itu yang kami risau. Nanti habis perabot dan harta benda kami pula rosak. Kami merayu supaya pihak terlibat ambil tindakan segera, kami sudah tidak tahan lagi,” katanya.
Difahamkan beberapa penduduk juga membuat laporan di Balai Polis Padang Serai jam 10.30 pagi, semalam, berhubung masalah itu.
Sumber: Sinar Harian