Harap Kontraktor Tunai Tanggungjawab Demi Rakyat Kedah - MB

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah mengharapkan agar semua kontraktor di negeri Kedah supaya menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika melaksanakan sesuatu projek yang diberi.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat tentang masalah infrastruktur seperti kemudahan jalan raya bagi kegunaan seluruh rakyat di negeri berkenaan dapat dinikmati dengan sempurna.

"Harapan saya kepada mereka adalah supaya jalankan tanggunjawab yang diberikan dengan baik dan perlulah mengikut segala peraturan yang ditetapkan pihak JKR.

"Kerajaan negeri Kedah sentiasa mengambil berat mengenai masalah infrastruktur seperti kemudahan jalan raya di negeri ini," kata Ahmad Bashah ketika bertemu para kontraktor ketika Majlis Pelancaran Kerja Kerja Undi 1 Kedah Bagi Projek2 Jalan Negeri, semalam.


Di majlis tersebut, para kontraktor dari seluruh negeri yang hadir bagi kerja-kerja undi bagi penyelenggaraan jalan seluruh negeri berkenaan.

Selain itu, Ahmad Bashah dalam pertemuan tersebut turut menjelaskan kepada para kontraktor bahawa beliau sempat membangkitkan tentang nasib dan masa depan kontraktor kelas F yang dikatakan kurang mendapat perhatian sebelum ini.

Difahamkan, sebilangan kontraktor telah dianugerahkan kontrak pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya di seluruh negeri Kedah yang dilakukan secara undian. -Kedahnews.com