ZINORLAILY mencari besi buruk dengan motosikal roda tiga dengan ditemani anak yang membantu mengumpulkan barangan diperlukan (gambar kecil). |
KOTA BHARU - “Saya tak tahu sampai bila harus menyelongkar tong sampah untuk mencari barang terbuang demi mencari sesuap nasi,” luah ibu tunggal Zinorlaily Mat Ail.
Menurut Zinorlaily, 40, selepas berpisah dengan suaminya lapan tahun lalu, dia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi menyara enam anak, Anis Zulaika Abdullah, 16, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol, Ahmad Azri Abdullah, 14, Ahmad Alif, 11, Mohd Ashraf, 9, dan Munirah, 7, masing-masing bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Ismail 4 manakala seorang lagi anaknya, Fatin Nadirah, 19, sudah berumahtangga.
Katanya, dia perlu mencari rezeki setiap hari antara jam 8 pagi dan 12 tengah hari selepas siap urusan menghantar anaknya ke sekolah.
“Saya bersyukur diberikan Tuhan kekuatan semangat dan tenaga serta mampu mencari rezeki dengan tulang empat kerat.
“Selepas berpisah dengan suami, saya buntu memikirkan masa depan keluarga dan bagi meneruskan hidup serta tidak mahu terlalu bergantung kepada orang lain.
Sumber: myMetro