Hazama Mungkin Nikah Genervie Kam Lepas Aidilfitri

Hazama
SELEPAS tiga tahun menjalin hubungan cinta, Hazama mengakui ada niat untuk menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati, Genervie Kam selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Tambah Hazama, mereka mempunyai rancangan untuk berkahwin selepas raya, tetapi masih belum menetapkan tarikh. Mereka juga menginginkan perkahwinan yang ringkas dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

“Kami berhasrat untuk berkahwin selepas hari raya tetapi masih belum ada tarikh tetap. Kami mahu majlis ringkas dan akad nikah sahaja.

“Kami akan melakukan perkara wajib dan daripada membazir lebih baik wang itu digunakan untuk membeli rumah.

Hazama dengan kekasihnya, Genervie Kam
“Saya sudah berusia 32 tahun dan rasanya tidak perlu bertunang dan merisik. Kami sepakat untuk mengadakan majlis seringkas yang mungkin,” katanya kepada BH Online.

Hazama juga mengambil iktibar dari kejadian yang dilalui oleh isteri sahabtnya, Stacy dan tidak mahu perkara sama berlaku kepada bakal isterinya yang juga baharu belajar mengenai agama islam.

Tambahnya, kekasihnya juga sudah terbuka untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam walaupun mereka masih belum mempunyai kata putus tentang perbezaan agama diantara mereka berdua. – Kedahnews.com