Kok Yew (kanan) dan Boon Kok menunjukkan keratan akhbar berkaitan isu berkenaan |
ALOR SETAR - MCA wajar lebih tegas menegakkan pendirian mereka berhubung hudud dengan memutuskan jalinan kerjasama dengan BN, seperti mana dilakukan DAP dengan rakan sekutunya, Pas dalam Pakatan Rakyat, sebelum ini.
Setiausaha DAP Kedah, Teoh Boon Kok berkata, sekiranya MCA berasakan parti itu tidak lagi dihormati Umno dalam komponen itu, mereka wajar meninggalkan BN, bukannya pemimpin MCA keluar parti.
“Kenapa masih bersama Umno, MCA patut bertindak berani dengan keluar dari komponen BN. Tindakan ini baru selaras dengan tindakan Adun Gurun, yang juga Exco Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong keluar parti,” katanya, pada sidang media, semalam.
Menurutnya, meninggalkan BN merupakan jalan terbaik MCA untuk mengelak timbul masalah lain pada masa akan datang.
“Seluruh pimpinan MCA harus buat keputusan muktamad, sebagaimana yang DAP lakukan apabila kami berasakan Pas menimbulkan masalah, kita putuskan jalinan dengan Pas,” katanya.
Boon Kok berkata, tindakan Yong Kong mengumumkan keluar parti dilihat lebih bersifat gimik politik semata-mata, kerana dalam kenyataannya menyebut tindakan itu dibuat sehingga terdapat perubahan berkaitan rang undang-undang dikaitkan hudud.
“Saya ingin cadangkan kepada Yong Kong supaya umum keluar BN, baharu selaras dengan tindakannya mempertahan perlembagaan negara. Ini termasuk meletakkan jawatan Exco yang disandang atas kuota MCA, jika keluar parti beliau tidak berhak lagi wakili MCA dalam kerajaan,” katanya.
Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew pula menyifatkan tindakan Yong Kong keluar parti namun pada masa sama mengekalkan jawatan Exconya adalah sesuatu yang melucukan.
“Adakah atas kepentingan peribadi, beliau tidak sanggup lepaskan jawatan Exco? Sepatutnya jawatan itu perlu dilepaskan terlebih dahulu, kerana nama beliau dicadangkan oleh parti kepada Menteri Besar untuk dipertimbangkan, beliau tidak sepatutnya membelakangkan parti,” katanya.
Menurutnya, sekiranya Yong Kong keluar parti demi mempertahankan sekularisme bawah Perlembagaan Persekutuan, bukan beliau yang perlu bertindak, sebaliknya MCA wajar bertindak selepas Umno melakukan sesuatu yang bertentangan dengan semangat BN.
Sumber: Sinar Harian