DARI sudut pandang lain, keghairahan segelintir penduduk negara ini berebut-rebut untuk membeli tudung sebenarnya amat baik kerana menggambarkan kesedaran mereka untuk menjaga aurat atau lebih tepat lagi menutup rambut.
Pada masa ini trend bertudung semakin berkembang dengan wujudnya pelbagai rekaan yang kadang-kadang tidak terfikir dek akal, tidak terkecuali juga para selebriti yang turut menumpang sekaki memperkenalkan jenama masing-masing. Persoalannya, kesedaran berhijab adakah kerana fesyen atau mematuhi tuntutan agama?
Bukan berniat buruk sangka, ada yang berhijab tidak selari dengan kepatuhan syariat. Banyak tudung dalam pasaran majoritinya jarang, singkat dan menampakkan aurat.
Secara amnya terdapat dua kategori wanita Islam di negara ini. Satunya berpakaian longgar dan sopan tetapi membiarkan rambutnya ditiup angin; satu lagi kepalanya berbungkus kemas dengan rekaan tudung terkini tetapi bajunya sendat menampakkan lurah tubuh yang sebenarnya hanya halal dinikmati oleh suaminya.
Apa itu aurat? Dari segi bahasa aurat adalah keaiban manakala menurut istilah syarak, bermaksud bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup. Aurat wanita ialah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan, sama seperti semasa bersolat.
Merujuk hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Saiditina Aisyah RA bahawa suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah terus berpaling muka dan bersabda maksudnya:

“Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini” (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya).
Sabda baginda dalam hadis lain:
“Dua golongan ahli neraka yang belum aku temukan, (1) kaum (petugas pemerintah yang zalim) yang memiliki cemeti seperti ekor lembu dan memukul manusia dengannya, juga (2) wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (berpakaian jarang, ketat sehingga menampakkan susuk tubuh), mereka juga menyimpang daripada ketaatan (kepada Allah kerana tidak menjaga kehormatan diri), cenderung (kepada kaum lelaki dan menarik perhatian lelaki dengan lenggok jalan dan pergerakan bahunya). Kepala mereka bersanggul seperti bonggol unta. Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak berpeluang mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dihidu dalam tempoh perjalanan sekian dan sekian (jauh dan lamanya).” - Riwayat Muslim.
Industri tudung atau busana Muslimah sebenarnya amat menguntungkan. Laporan Kedudukan Ekonomi Islam Global 2015/2016 menganggarkan pengguna Islam membelanjakan sebanyak AS$230 bilion (RM897 bilion) untuk fesyen pakaian pada tahun lalu dan dijangka melonjak sehingga AS$327 bilion (RM1,275 bilion) menjelang 2019.
Di negara ini pula dianggarkan terdapat kira-kira 10 juta wanita Islam pada tahun ini dan hasil kajian mendapati seramai 3.75 juta daripada mereka cenderung membeli-belah bagi memenuhi keperluan masing-masing termasuk perbelanjaan busana Muslimah. Contohnya, jika sehelai tudung berharga RM10, bermakna nilai pendapatan dalam industri berkenaan boleh mencecah sekurang-kurangnya RM37.5 juta. Lumayan bukan? Maka tidak hairanlah apabila pelbagai jenama dan rekabentuk tudung muncul dalam pasaran dengan gimik serta promosi mengancam.
Sebenarnya tidak salah berpakaian cantik untuk dilihat elok pada pandangan mata sendiri dan orang lain kerana ini adalah fitrah bagi mana-mana manusia, namun jangan keterlaluan. Islam itu amat syumul, setiap sesuatu tidak hanya ditegah tetapi turut disediakan alternatifnya sama ada melalui nas al-Quran atau hadis Rasulullah SAW.
Hakikatnya, fenomena penjualan tudung dan cara pemakaiannya yang tidak lulus syariah telah mencemarkan arahan menutup aurat dalam Islam.
Sumber: Utusan