Antara 700 ibu yang diraikan sempena Sambutan Hari Ibu di Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok, kelmarin. |
SUNGAI PETANI - Seramai 700 ibu dari daerah Kuala Muda di sini dihargai dalam satu majlis santai sempena Sambutan Hari Ibu bersama isteri Menteri Besar Kedah, Datin Seri Hizam Awang Ahmad di Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok, petang kelmarin.
Pengerusi Sambutan, Senator Shahanim Mohd Yusof berkata, sambutan kali ini ada kelainan kerana dilakukan dalam masjid dengan pengisian solat Asar berjemaah dan tazkirah yang disampaikan penceramah jemputan.
Menurut Shahanim, tazkirah yang menyentuh peranan ibu terhadap anak-anak amat penting dalam membentuk sahsiah dan kecemerlangan selain mempamerkan contoh terbaik yang dijadikan ikutan disampaikan.
Sementara itu, Hizam yang turut serta mendengar tazkirah dan solat berjemaah tidak ketinggalan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang hadir.
Dalam majlis sama, Shahanim yang juga merupakan kariah Masjid Andalusia turut menyampaikan sumbangan RM10,000 untuk pembangunan masjid berkenaan.
Sumber: Sinar Harian