SEBELUM ini, Fasha Sandha telah membuar satu laporan polis kerana mendakwa dia diganggu oleh bekas suaminya, Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli.
Walau bagaimanapun, selepas perkara itu mendapat perhatian umum, Jejai tampil membuat penafian tentang perkara tersebut menerusi sebuah akhbar tempatan.
“Saya sendiri mahu pihak berkuasa agar menyiasat perkara ini untuk tahu perkara sebenar apa yang terjadi. Biar semua orang tahu kisah itu benar atau sebaliknya.
“Saya sendiri terkejut dan pelik kenapa cerita seperti itu boleh timbul, sedangkan tak ada satu pun yang benar,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Jejai turut mengakui dia kini dalam proses berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaibkannya.
Jejai dan Fasha Sandha mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Putera Rayfal dan Putri Raysha Jemyma sebelum bercerai pada 20 Januari lalu. – Kedahnews.com