SUNGAI PETANI - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kuala Muda menerima sembilan aduan berhubung kejadian pokok tumbang ekoran ribut yang melanda beberapa kawasan di daerah ini, awal pagi semalam.
Pegawai JPAM Daerah Kuala Muda, Left Muda (PA) Azahar Ahmad berkata, antara kawasan terlibat dalam kejadian ribut pada pukul 1 hingga 3 pagi itu adalah Kampung Telok Amboi; Jalan Kuala Ketil; Taman Cengal Emas; Taman Delima; Ambangan Height; Jalan Sungai Lalang, Bedong; Sungai Pial, Tanjung Dawai.
"Kejadian pokok tumbang di kawasan berkenaan menyebabkan beberapa laluan terhadang oleh batang pokok, sekali gus menjejas aliran lalu lintas.
"Bagaimanapun, kesemua laluan berkenaan sudah dibersihkan dan batang pokok yang tumbang juga turut dialihkan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Azahar berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku. - Bernama