Jue Aziz Sedih Tukang Urut Beritahu Dirinya Keguguran


JUE Aziz meluahkan rasa sedih apabila mengetahui dirinya mengalami keguguran selepas diberitahu oleh tukang urut, lebih-lebih lagi kerana dia sangat mengharapkan kehadiran cahaya mata.

“Saya hanya mengetahui sudah keguguran tiga minggu lalu apabila diberitahu oleh orang yang mengurut saya kerana dia bertanya jika saya pernah mengalami keguguran atau tidak.

“Saya pernah mengalami pendarahan tetapi saya sangka ia hanya ketulan darah haid sahaja dan tidak pergi ke klinik.

“Rupanya ia adalah keguguran awal kandungan.

“Sudah tentu saya berasa sedih tetapi apa yang boleh dilakukan, ia adalah ujian dari Allah dan saya terpaksa reda. Saya akan berusaha untuk itu dan berharap akan mengandung lagi dalam masa terdekat”, katanya kepada mStar Online.

Jue juga mengakui akan mengelakkan dirinya daripada tekanan dan tidak mahu terlalu aktif bagi mengelakkan perkara sama berulang selepas ini. – Kedahnews.com