TIMBUL desas-desus mengatakan pelakon Juliana Evans kini sudah bersedia untuk berkongsi kisah cintanya bersama peminat apabila dia mula memuat naik gambar mesra bersama seorang jejaka di Instagram, baru-baru ini.
Gambar Juliana yang berpakaian sedondon berwarna oren dengan tangan lelaki tersebut menjalar di bahunya, diambil dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam.
Apabila ia dimuatnaik tanpa kapsyen lanjut selain lokasinya, ramai beranggapan jejaka tersebut merupakan teman lelaki Juliana kini.
Dalam pada itu, netizen di forum CARI mendakwa lelaki tersebut merupakan kerabat diraja.
Ada juga peminat lelaki yang mengusik tindakan lelaki tersebut meletakkan tangannya di bahu Juliana.
Sebelum ini Juliana pernah menolak lamaran berkahwin daripada seorang pemain bola sepak kerana dikatakan tidak mahu tergesa-gesa mendirikan rumah tangga.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada dia kini sudah bersedia untuk menamatkan status bujangnya atau tidak. -Kedahnews.com