Abdul Kahar |
BEKAS pemimpin ajaran sesat yang dikenali sebagai ‘Rasul Melayu’ akhirnya telah kembali ke pangkal jalan dengan melafazkan taubat.
Abdul Kahar melafazkan taubat itu dalam sebuah Majlis Istitabah yang dianjurkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan memohon ampun kepada Allah atas kedustaanya selama ini.
“Pada hari yang penuh keberkatan ini, hamba-Mu ini memohon dan menagih keampunan-Mu ya Allah atas kedustaan yang dilakukan oleh diri ini terhadap Islam dan juga kedustaan ke atas kekasihmu, Nabi Muhammad SAW, penutup segala nabi dan rasul,” katanya.
Dalam majlis itu, Abdul Kahar turut memohon maaf kepada sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri dan seluruh umat Islam.
Selain itu, Abdul Kahar juga menyeru pengikutnya supaya bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.
Dia juga berharap media tidak merujuknya lagi dengan istilah ‘Rasul Melayu’.
Sebelum ini, Abdul Kahar pernah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu mendakwa sebagai rasul, terlibat dalam doktrin bertentangan syarak, melanggar arahan mufti, mempersenda Islam.
Mahkamah Tinggi Syariah juga memerintahkan Kahar mengikuti program pemulihan akidah (istitatabah) selama enam bulan terakhir bermula 2 Mac tahun lalu sebelum hukuman pemenjaraan tamat. –Kedahnews.com