Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan |
KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) menegaskan `deklarasi rakyat’ bukan sebuah deklarasi yang mewakili kepentingan rakyat sebaliknya sebuah deklarasi yang memperjuangkan kepentingan peribadi pihak tertentu terutama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Setiausaha Agungnya, S.Arutchelvan berkata, rakyat tidak perlu menyokong deklarasi itu kerana ia hanya mengemukakan sebanyak 36 rintihan-rintihan peribadi Mahathir ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau turut memberi contoh deklarasi itu tidak mementingkan rakyat apabila anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz mendakwa `deklarasi rakyat’ itu kononnya untuk menyelamatkan UMNO, manakala Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata deklarasi itu tidak lengkap kerana tidak memasukkan soal kebebasan suaminya.
“Kami anti `deklarasi rakyat’. Deklasari ini bukan deklarasi rakyat kerana ia cuma hasil perbincangan sebilangan kecil pihak dengan Mahathir. Deklarasi ini tidak akan merubah apa-apa.
“Ini adalah deklarasi bersifat peribadi, bukan berbincang dengan rakyat. Ini adalah polisi dari atas ke bawah bukan dari bawah ke atas. Deklarasi ini cetek dan cacat,” tegasnya dalam satu Debat Perdana:Deklarasi – Mana Pergi Rakyat? di sini baru-baru ini.
PSM merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat sebelum gabungan parti pembangkang itu berpecah pada tahun lalu akibat perbalahan diantara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu akidah Islam.
Arutchelvan seterusnya berkata, beliau kesal kerana Pakatan Harapan mengangkat Mahathir sebagai pejuang rakyat sedangkan bekas Perdana Menteri itu didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab menghancurkan institusi negara. –Kedahnews.com