KEDAH terpaksa beraksi tanpa tiga tonggak utama iaitu Sandro Da Silva, Khairul Helmi Johari dan Syazwan Tajudin serta kemungkinan besar turut kehilangan Bang Seung Hwan kerana kesemuanya mengalami kecederaan.
Ketua Jurulatihnya, Tan Cheng Hoe berkata, empat pemain itu terpaksa direhatkan ketika skuad Helang Merah bertandang ke Kuantan bagi menentang Pahang dalam saingan Liga Super.
Jelasnya, Khairul Helmi, Da Silva dan Syazwan sudah pasti tidak akan dapat beraksi bertemu Pahang manakala nasib Seung Hwan pula masih samar.
“Barisan pemain kini boleh melupakan kekalahan dalam saingan Piala FA, dan memberi perhatian dalam misi mencari tiga mata penuh di Kuantan.
“Mereka perlu mengekalkan semangat dan kesungguhan dalam perlawanan sebelum ini kerana Kedah memerlukan tiga mata selepas kalah dan seri dan Liga Super sebelum ini," katanya.
Cheng Hoe menambah, beliau bimbang sekiranya Seung Hwan turut menjadi penonton di Kuantan kerana skuad Helang Merah semakin kekurangan pemain pertahanan.
Katanya, ramai peminat tidak mengetahui yang Seung Hwan beraksi dalam keadaan menahan dalam perlawanan sebelum ini demi mempertahankan Kedah.
"Kita juga tidak boleh memandang rendah kemampuan Pahang kerana mereka mula menemui rentak.
"Tetapi saya juga lega kerana Liridon Krasniqi dan Amirul Hisyam Awang Kechi dapat beraksi kembali dan akan memperkuatkan barisan tengah untuk menangkis serangan Pahang nanti.
"Oleh itu saya harap kombinasi pemain muda dan senior yang diturunkan mampu membantu mengutip tiga mata penuh yang diidamkan," ujarnya.
Sumber: mStar