Gambar Hiasan |
Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Budayanya, Puan Maharani, kerajaan telah bersetuju dengan hukuman tersebut selepas mengadakan mesyuarat khas yang dipengerusikan Presiden Joko Widodo, baru-baru ini.
Penggunaan mikrocip bertujuan untuk memantau dan membolehkan masyarakat tahu pesalah adalah merupakan bekas perogol selain mengetahui pergerakan individu tersebut.
Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Budayanya, Puan Maharani |
Minggu lepas, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditemui mati tragis selepas diperkosa 14 lelaki di Sumatera.
Kes itu mendapat perhatian menyeluruh masyarakat di sana sehingga ia mencetuskan kemarahan ramai. –Kedahnews.com