PERSAHABATAN luar biasa antara seekor kucing dan sesumpah telah mencuri tumpuan ribuan peminat dalam laman sosial.
Charles seekor sesumpah dari jenis Bearded manakala kucing itu Baby berkawan rapat sejak ‘dipertemukan’ sembilan bulan lalu.
Pemilik haiwan itu Cheyenne March, 20 berasal dari Johnstown, Pennsylvia, Amerika Syarikat akui kepada sebuah portal bahawa dia risau sekiranya Baby akan menjadikan Charles sebagai ‘hidangannya’, namun ternyata ia sebaliknya.
“Semuanya bermula apabila Baby menggesel badannya pada Charles. Sebaik sahaja Baby tidur, Charles menghampiri Baby dan merangkak ke atasnya sebelum mendakapnya,” kata Chayene.
Melalui klip video yang berdurasi 50 saat itu jelas kelihatan keakraban diantara kedua-dua haiwan ini.
Jelas March kepada portal itu lagi, kedua-dua haiwan peliharaannya itu menjadi rapat dan tidak dapt dipisahkan malah sering dilihat ‘bermain’ bersama-sama.
Tambah March lagi, anak kucing berusia empat tahun menggemari tekstur kulit Charles manakala sesumpah itu pula menggemari suhu badan Baby. -Kedahnews.com