Laporan Palsu "Panda Mati" Buat Taiwan Kecoh


TAIPEI - Akibat khabar angin yang tidak bertanggungjawab, Zoo Taipei terpaksa menafikan laporan bahawa panda gergasi yang dihadiahkan China sebagai simbol perpaduan kepada Taiwan telah meninggal dunia pada Isnin.

Ia juga dilihat sebagai cubaan untuk mengeruhkan hubungan diplomatik kedua-dua pihak.

Tuan Tuan adalah satu daripada dua panda yang diberikan kepada Taiwan pada 2008 sebagai langkah yang dilihat untuk menyokong jawatan presiden mesra Beijing, Ma Ying-jeou.

Nama haiwan itu yang bermaksud "perjumpaan" telah ditafsirkan sebagai mencerminkan cita-cita China untuk menyatukan kembali pemerintahan Taiwan dengan tanah besar.

Tetapi ketika Ma bersedia untuk meletak jawatan dan Taiwan dilihat mahu menaikkan Tsai Ing-wen iaitu seorang pemimpin yang tidak disukai Beijing - laporan mengenai kematian Tuan Tuan akibat masalah kesihatan mula disebarkan di Internet.

Berita kematian panda dalam media Cina, termasuk huanqiu.com and People's Daily mencetuskan ratapan di tanah besar bahawa alat propaganda Beijing telah gagal.

"Tuan Tuan sudah mati. Propaganda adalah sia-sia," kata seorang dalam Twitter People's Daily.

Sementara itu ada juga yang mengalu-alukan berita berkenaan dengan berkata di dalam laman web Taiwan's Liberty Times bahawa: "Ia baik...kita tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk membesarkan panda Cina."

Susulan penyebaran berita itu, Zoo Taipei menegaskan Tuan Tuan dan panda lain masih hidup dan sihat.

"Ketiga-tiga panda berada dalam keadaan sihat," kata jurucakap zoo, Eric Tsao.

Huanqiu.com kemudian mengeluarkan pembetulan dan permohonan maaf berhubung berita berkenaan.

People's Daily juga menulis pembetulan melalui Twitter dengan berkata ia adalah "maklumat yang salah".

Sumber: mStar