Lelaki Dakwa Temui "Amber: Keajaiban Dunia Ke-8"


Seorang  pemburu emas Nazi, mendakwa bahawa dirinya telah menemui harta karun peninggalan rejim berkenaan yang dikatakan "hilang" pada era Perang Dunia Kedua yang dianggarkan bernilai  £350 juta.

Lelaki tersebut, Bartlomiej Plebanczyk, yang merupakan seoran kurator muzium percaya bahawa dia telah menemui bilik bawah tanah yang sebelum ini tidak diketahui orang, selepas dia menggeledah kompleks terowong Nazi dan kubunya.

Harta karun yang dikenali sebagai bilik 'Amber' itu berusia 300 tahun yang terletak di Catherine Palace, berhampiran St. Petersburg.


Difahamkan harta karun tersebut dikatakan hilang lebih daripada 70 tahun yang lalu dengan beberapa saksi mendakwa mereka pernah melihat  'harta'  itu sedang dimuatkan ke dalam kapal Jerman.

Sementara itu, Plebanczyk turut mendakwa penemuannya  itu adalah harta karun yang pernah disebut-sebut sebagai "Keajaiban Dunia ke-8".

Memetik Express.co.uk, Plebanczyk kini sedang memohon keizinan  untuk menggali lebih ke dalam  ruang bilik bawah tanah itu, agar membolehkannya  memasukkan kamera video untuk meninjau keadaannya.

Bartlomiej Plebanczyk di sekitar tapak "Amber"
"Saya akan cuba menggunakan radar, bagi membolehkan saya menyelongkar lebih lagi.

"Saya perlu menggerudi bilik bawah tanah itu dan akan cuba menurunkan video di sana.

"Bagaimanapun, saya perlu menunggu persetujuan pegawai pemuliharaan sejarah tempatan," katanya. -Kedahnews.com