Lelaki Gemuk, Perut Boroi Lebih Setia, Seksi?

Gambar Hiasan
PERCAYA atau tidak, mengikut kajian menunjukkan bahawa lelaki yang berperut boroi dipercayai lebih penyayang dan seksi?

Ia kemudian dikaitkan dengan kedudukan perut yang "lebih" dari otak manusia.

Namun dalam satu kajian soal selidik di Jerman pula mendapati, lelaki gemuk dan boroi dipercayai lebih setia jika membabitkan soal cinta jika dibandingkan dengan lelaki yang kurus dan mempunyai berat badan ideal.

Semasa kajian itu dijalankan, sekumpulan lelaki berusia 31 hingga 69 telah dipilih dan ditanya mengenai tahap kesetiaan mereka dalam hubungan cinta, termasuklah yang sudah berkahwin.

Hasil mendapati, daripada 53% yang memberikan jawapan, hanya 11% yang mengakui mereka benar-benar setia dalam hubungan mereka dan mereka terdiri daripada lelaki-lelaki berbadan besar dan boroi.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa 23% dan 19% lelaki yang mempunyai berat badan ideal dan kurus pula secara terangan mengaku mereka berlaku curang di belakang pasangan mereka.

Namun, ia hanyalah hasil dapatan dari kajian soal soal selidik yang dijalankan kerana setia sebenarnya sifat dalam diri seseorang di luar negara

Bagaimana pula di Malaysia? Sama saja?  -Kedahnews.com