Gambar Hiasan |
CUBAAN seorang warga Singapura untuk ke Malaysia secara haram tidak kesampaian apabila ‘kegiatannya’ itu berjaya dihidu oleh pihak berkuasa negara itu.
Menurut sebuah portal Singapura, lelaki berusia 32 tahun itu telah ditahan oleh Polis Pengawal Pantai kerana mencuri sebuah sampan bermotor dan cubaan seludup ke negara jiran (Malaysia) secara tidak sah.
Jelas portal itu lagi, suspek yang tidak diberitahu namanya dilihat oleh anggota peronda pantai sedang mendayung sampan menuju ke Malaysia berdekatan Lim Chu Kang, sebuah daerah di Utara Singapura yang bersempadan dengan Tambak Johor dalam kejadian pukul 10.30 malam semalam.
Suspek ditahan oleh pihak berkuasa sekitar jam 11 malam hari yang sama. Tambah pihak berkuasa itu lagi, suspek akan didakwa di mahkamah hari ini.
Difahamkan, sekiranya disabitkan kesalahan mencuri sampan, suspek berusia 32 tahun itu akan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
Manakala, sekiranya didakwa atas cubaan untuk meninggalkan negara Kota Singa itu secara haram, suspek boleh didenda sebanyak S$2,000 dan penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. -Kedahnews.com