SINGAPURA – Setiap hari, dianggarkan purata tujuh rakyat Singapura maut akibat penyakit berkaitan dengan merokok. Meskipun ramai tahu tentang bahaya merokok, ramai juga mendapati sukar menghentikan tabiat itu.
Apakah sebabnya dan bagaimanakah berhenti merokok sama sekali? Agensi berita tempatan MediaCorp Singapura menyiarkan kisah Hanafi Ismail yang berjaya berhenti meskipun memulakan tabiat itu sejak usianya baru 17 tahun.
Segala-galanya bermula pada Januari 2014 apabila dia diserang sakit jantung. Bertarung antara hidup dan mati, bekas perokok tegar yang kini berusia 67 tahun itu memilih jalan yang akhirnya langsung telah merobah hidupnya.
“Setelah saya kena serangan jantung, saya cuba kurangkan rokok daripada 20 batang tinggal lima batang. Doktor menasihatkan saya untuk berhenti kerana sudah dapat kurangkan rokok bermakna saya boleh berhenti merokok.
“Jadi saya dengar kata hati saya, tidak ada orang yang paksa diri saya. Saya hisap rokok pun sebab diri saya sendiri, saya berhenti pun dengan rela hati saya sendiri. Jadi terus saya berhenti, sampailah sekarang,” jelas Hanafi.
Namun, dia mengakui agak sukar buang tabiat itu kerana sudah sebati dengan tabiat merokok sejak usia 17 tahun. Datuk kepada 17 cucu itu pernah cuba untuk berhenti merokok pada 2003 tetapi usaha itu tidak dapat diteruskan.
“Malah waktu saya hendak pergi menunaikan ibadah haji, malamnya saya berangkat ke Tanah Suci, saya ikut kawan saya beli rokok, saya pun beli rokok. Sampai di tanah suci, saya masih hisap rokok sampai saya balik,” cerita Hanafi.
Justeru, pada Ramadan 2014, dia selepas pulih serangan sakit jantung; bersama-sama beberapa teman dan ahli keluarganya menyahut cabaran program I-Quit anjuran Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), selama 28 hari.
Melalui program itu, perokok khasnya yang beragama Islam diajak untuk membuang tabiat buruk berkenaan sepanjang Ramadan dengan harapan ia dapat dikekalkan lagi selepas tamat bulan ibadah puasa fardu tersebut.
“Mereka (HPB) telefon kadang-kadang sebulan sekali, mengingatkan bagaimana keadaan saya. Jadi terharu juga sebab ada orang ingat saya dan rasa gembira. Mereka tidak putus-putus telefon tanyakan khabar,” kata Hanafi.
Berkat sokongan berterusan daripada agensi pemerintah tersebut serta ahli keluarga, Hanafi kini sudah tidak merokok. Selain menjimatkan wang, dia juga dilaporkan meraih harta yang lebih bernilai – nikmat kesihatan.
“Saya boleh naik sampai 40 anak tangga. Saya pun terkejut juga. Bayangkan boleh ke dengan jantung saya yang sudah tua macam ini? Tapi Alhamdulillah. Insya-Allah kalau kita cekalkan hati kita, kita boleh kurangkan merokok.
Kalau kita dapat kurangkan rokok, bermakna kita boleh berhenti merokok, insya-Allah. Bagaimana saya boleh henti selepas 48 tahun saya hisap rokok, saya dapat berhenti, saya harap jadikan ini satu pengajaran,” ujar Hanafi lagi.
Program I-Quit pada tahun lalu berjaya menarik 10,000 perokok yang berazam untuk berhenti merokok, lebih enam kali ganda penyertaan daripada 2011 apabila mula diperkenalkan HPB dengan kadar kejayaan melebihi 50 peratus.
Dianggarkan 40 peratus peserta menandatangani ikrar I-Quit hasil dorongan rakan dan untuk tahun ini HPB telah mewujudkan 283 lokasi program itu di seluruh Singapura yang menawarkan perkhidmatan secara percuma. – Agensi