ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah memberi jaminan bahawa sebuah litar lumba akan dibina pada tahun ini sebagai "hadiah" kepada golongan muda di negeri itu bersempena sambutan Hari Belia Negara, baru-baru ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menegaskan, pembinaan litar lumba itu diharapkan dapat mencungkil bakat dalam sukan pemotoran seperti Khairul Idham Pawi yang menjadi johan MotoGP Dunia dalam Kategori Moto3, sebelum ini.
“Saya ingin tegaskan, litar lumba Kedah untuk anak muda di negeri ini untuk mengasah bakat akan menjadi realiti dalam masa terdekat.
“Dengan siapnya litar ini, bakat sukan pemotoran seperti Khairul Idham dapat dilahirkan. Impian semua gen Y anak Kedah kini akan menjadi kenyataan,” katanya Menteri Besar itu, semalam.
Ahmad Bashah berkata demikian menerusi teks ucapan beliau ketika Majlis Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2016 yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan negeri, Datuk Aminuddin Omar.
Yang hadir sama di majlis sambutan itu adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Presiden Majlis Belia Kedah, Mohd. Aizat Roslan.
Pelbagai aktiviti diadakan pada sambutan yang berlangsung semalam dan kelmarin seperti malam kerohanian belia, kenduri rakyat, karnival pemotoran belia, pameran aset agensi beruniform dan demonstrasi waja diri.
Dalam sambutan itu, Dr. Zaki Zamani Abd. Rashid dan Hazma Riza Romli masing-masing membawa pulang RM3,000 serta sijil penghargaan selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kedah.
Dalam pada itu, Ahmad Bashah turut mengumumkan pemberian imbuhan dan bantuan pentadbiran berjumlah RM2,000 setahun untuk persatuan dan pertubuhan belia yang aktif dan berdaftar di negeri ini.
“Pemberian bantuan itu akan bermula pada tahun ini. Kita juga sedang menyusun gerak kerja bagi membolehkan Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) Anak Muda memberikan latihan, peluang usahaniaga serta bantuan alat sukan kepada golongan belia yang layak,” ujarnya.
Sementara itu, Khairy dalam ucapannya memuji inisiatif kerajaan negeri memberi imbuhan kepada persatuan atau pertubuhan belia menguruskan badan tersebut dengan lebih sistematik.
“Pengumuman ini menunjukkan kerajaan Kedah sayang anak muda, maka belia perlu memberi sokongan kepada kepemimpinan pada masa ini,” katanya. - Kedahnews.com