Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu |
KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu seolah-olah menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahthir Mohamad satu ceramah politiknya baru-baru ini.
Beliau berkata Mahathir tiba-tiba mengaku Mat Sabu sebagai kawannya dalam satu cemarah di Shah Alam, Selangor untuk meraih sokongan pembangkang ke atas agenda peribadinya bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Mahathir pun kita tahu zaman dia bukan baik sangat tetapi ceramahnya di Shah Alam, dia sebut saudara Mat Sabu kawan saya. Huiihh.. dah kawan dah la ni,” katanya yang disusuli dengan gelak tawa oleh peserta ceramah itu.
Mat Sabu dalam pada itu menyeru kaum Melayu supaya tidak mempunyai perasaan was-was ke atas kaum Cina mahu merampas negara ini kerana padanya semua kaum adalah dimuliakan oleh Allah S.W.T
Katanya, meskipun ada pihak meminta supaya berjaga-jaga dengan kaum Cina tetapi hakikatnya negara ini sedang dijual kepada Cina seperti yang sedang berlaku dalam pembangunan di selatan Johor.
Beliau dalam pada itu berasa yakin ahli PAS akan memberi sokongan penuh ke atas calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun depan walaupun PAS turut bertanding di kawasan itu. –Kedahnews.com