Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar |
SHAH ALAM - Pas perlu menyambut pelawaan Timbalan Presiden PKR , Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk parti itu kembali menyertai pakatan pembangkang bersama dengan PKR, DAP dan Amanah.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, baginya pelawaan Mohamed Azmin itu adalah suatu tawaran yang kena pada masanya.
"Pelawaan itu ialah selepas menyedari kesan dari kekalahan pembangkang dalam PRN ke-11 Sarawak akibat pertembungan sesama sendiri.
"Walaupun itu bukanlah asas pokok yang menyebabkan kekalahan pembangkang tetapi cukup menyumbang mesej kecelaruan kepada pengundi dan rakyat seluruhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata parti-parti pembangkang perlu kembali kepada meja perbincangan melalui satu pakatan yang boleh memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia.
"Dengan cara merendahkan ego masing masing dan melihat kehadapan yang rakyat mahukan perubahan bermula dengan penyatuan dan kesepakatan parti pembangkang yang meyakinkan," ujar Mahfuz.
Katanya lagi, tawaran Azmin kepada Pas sejujurnya boleh dikatakan ingin melihat krisis negara yang makin kritikal ini perlu ditamatkan dengan penggembelingan suara dan kuasa rakyat dari pelbagai latar belakang, ideologi politik dan NGO dalam satu Pakatan yang mampu meletakkan kembali Malaysia pada landasan yang betul.
"Rakyat mengimpikan pakatan pembangkang yang benar menyakinkan mereka sebagai kerajaan menunggu.
"Sewajarnyalah pemimpin parti politik pembangkang berfikiran Malaysia dan jauhi dari pemikiran sempit yang boleh dilihat oleh rakyat sebagai parti politik yang hanya memikirkan kepentingan parti sendiri sahaja," katanya.
Mahfuz berkata, beliau sangat mengharapkan pimpinan Pas menyambut baik pelawaan Mohamed Azmin demi Malaysia dan rakyat untuk bersama dalam satu pakatan pembangkang yang dianggotai Pas, PKR, DAP dan Amanah serta parti-parti lain dan NGO.
"Kepada semua pemimpin parti parti politik saya mengharapkan dapat merendahkan ego,meninggikan akal mencari panduan, meneguhkan pegangan dan menggenggam keazaman untuk perubahan demi rakyat dan Malaysia tercinta,"katanya.
Terdahulu, Mohamed Azmin dalam satu kenyataan meminta agar Pas kembali bersama dengan Pakatan Harapan (Amanah,PKR,DAP) selepas prestasi pembangkang merudum dalam PRN Sarawak baru-baru ini.
Sumber: Sinar Harian