N. Surendran |
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonan anggota Parlimen Padang Serai N. Surendran untuk menangguhkan perbicaraan bagi pertuduhan yang dihadapinya iaitu membuat kenyataan berbaur hasutan, dua tahun lepas.
Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu dengan alasan bahawa tidak terdapat peruntukan undang-undang yang ditetapkan bagi permohonan seperti yang dikemukakan Surendran.
Katanya rayuan yang dibuat di Mahkamah Rayuan bukan alasan untuk Surendran menangguhkan perbicaraan kecuali dalam hal melaksanakan hukuman.
“Adalah adil untuk kes ini diteruskan, adil bagi pihak pendakwaan untuk membuktikan kesalahan tertuduh dan adil bagi pihak pembelaan untuk membuktikan kebenaran anak guam,” katanya dalam prosiding semalam.
Beliau berkata menjadi dasar supaya kes diselesaikan dengan segera dan tidak ditangguhkan.
Surendran memfailkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kesnya pada pertengahan April lepas.
Peguam itu didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan berkaitan kes liwat kedua Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi YouTube di Istana Kehakiman di Presint 3, Putrajaya antara 2 petang dan 4 petang pada 8 Ogos 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Surendran diwakili peguam Latheefa Koya.
Mahkamah juga menetapkan tujuh hari bermula 27 Jun ini untuk perbicaraan kes itu dan pihak pendakwaan akan memanggil 10 saksi.
Pada 14 April lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Surendran untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah juga memutuskan bahawa akta berkenaan adalah berperlembagaan. – BERNAMA